Wednesday, September 16, 2009

.:: Selamat Hari Raya ::.


alamak..
tulisan x nampak plak..hehe..
xpe2..bia saye tulis balik k...

"Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari (10 jari tu yg gmbr tangan..hehe) memohon kemaafan seandainya ada salah dan silap yang tidak disengajakan atau disengajakan, terkasar bahasa, terlebih gurau, termarah, "termemaksa" (hehe..) dan semuanyalah...."

"Semoga syawal pada tahun ini memberi seribu makna kepada kalian semua..
Salam Sayang.."

SITI MARYAM MUSTAFA

Saturday, September 12, 2009

.:: Cerita Kita ::.



12 september 1986..

Lahirlah seorang hero yang agak macho
(perasan macho je lebih..hihi) ke bumi Allah ini.. Dilahirkan di Arkansas Jonesboro, United States tapi bukan lah mat salleh pun.. hehe.. tapi badannya agak besar, maybe pembawakan ciri2 mat salleh tu ade padanya.. haha..

Namun pada masa itu, heroinnya telah pun berusia 2 bulan.. Agaknya mase hero tu lahir, si heroin ni baru belajar senyum.. yelah, menyambut kelahiran heronya di perantauan pada mase tu.. mestilah seronok..ye tak..~ haha.. (padahal x knal pun lagi..lalalaa~)

Selama 21 tahun mereka berdua dibesarkan oleh keluarga masing2, dengan cara hidup masing2.. dididik, diajar, dibelai, dikasih dan dimanja sehingga lah mereka kenal erti hidup..

Namun mereka berdua masih belum diketemukan.. hero tidak mengenali heroin, dan apatah lagi heroin, lagilah x kenal si hero ni yg perasan macho.. haha..
(gurau..gurau)

Nak dijadikan cerita mereka berkenalan dan bertemu di dunia IT.. tapi si heroin ini tidak perasan akan kehadiran heronya pada waktu itu. Mereka berkawan seperti biasa tanpa menyimpan apa-apa perasaan.. nak dijadikan cerita (mcm cite2 melayu skrg la) si heroin ini telah ditawarkan untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dan kebetulan pula tempat yang ditawarkan adalah tempat dimana hero itu menuntut ilmu. wah!!~ klu ikutkan cite drama, mesti org kate x logik.. dan2 la nak dpt tmpt blaja sama.. ye tak.. huhu~

Tapi, nak bagi x logik lagi.. Si heroin ini telah menuntut di jurusan yang sama dengan hero tersebut. Pada waktu tu si heroin ini masih tidak mengetahui sama sekali bahawa heronya semakin hampir padanya. Nak dijadikan cerita lagi... haish..byk btul kebetulan nih.. si heroin ini sekelas pula dengan si hero... hurm.. amek ko..
dari tadi kebetulan.. dari dunia IT, sekarang masing2 dah ade kat depan mata..

Kelas pertama berlalu, si hero memulakan langkahnya menegur si heroin comel itu.. cewah!!~ Si hero mula memperkenalkan diri dan alangkah terkejutnya si heroin bahawa heronya yang dikenali melalui dunia IT btul2 berada di depannya.

Masa berlalu dengan pantasnya...hari berganti minggu..minggu berganti bulan..

Tetapi sepanjang perkenalan mereka tiada apa ya
ng istimewa melainkan wujud perasaan benci dan menyampahnya si hero terhadap si heroin.. ada saja perilaku si heroin ini tidak disenangi oleh si hero.. pernah juga si hero ini datang kepada si heroin..bukan datang untuk memuji tetapi mengkeji (eh, ade ke perkataan mengkeji? hehe..~)..

alangkah sakitnya hati si heroin ini kepada si hero
tersebut.. di dalam hati heroin ini berkata..

"ah..ingat ko bagus sangat? don't judge a book by its cover la..baru knal da pandai2 nak nilai org ni x baik la hape la"..

Namun didalam sudut hati, si heroin nekad di dalam hatinya untuk membuktikan bahawa dia bukanlah seperti apa yang difi
kirkan oleh si hero tadi.

Pelbagai cara yang dilakukan oleh si heroin tetapi niatnya bukanlah untuk mengorat ke atau nak perangkap si hero ni.. cuma nak si hero ini mengenali sedalam2nya sifat sebenarnya si heroin.. Sedikit demi sedikit si hero ini mula membuka mata dan mindanya bahawa si heroin bukanlah seperti yang diperkatakan sebelum ini.. si hero mula menyedari kesilapannya.. Lama kelamaan hubungan mereka yang dingin sebelum ini semak
in baik.. si hero ini mula menyimpan satu perasaan lain terhadap si heroin itu..bukan perasaan seorang kawan..malah lebih dari itu.. sahabat mungkin..hurm..

Nak dijadikan cerita lagi.. haha.. btul2 mcm cite dongeng nih.. ada trip ke oversea.. haha..mcm jauh je bunyinye itu.. alah.. singapore jew.. hehe.. dipendekkan cerita lah.. cinta mereka berputik di sana.. haha.. mungkin trip selama 3 hari 2 ma
lam itu telah mengeratkan hubungan mereka dan mereka sedar masing2 menyimpan perasaan yang sama tanpa dipaksa2.. tapi si hero ngn si heroin cam degil sikit.. x nak layankan perasaan mereka. so, masing2 menafikan perasaan yang timbul pada waktu itu.. tapi kadang2 cam ternampak gak la perubahan hubungan si hero dan heroin bagaikan ada sesuatu disitu.. hehe..ape ye..~


"CINTA"

yeke cinta?? sayang mungkin? sayang sebagai apa? kawan? lebih lagi kot..mungkin sahabat?? hurm.. lebih sikit kot.. dah tu ape?? haish..~ si heroin buntu.. si hero bingung.. memikirkan apakah namanya hubungan mereka ini.. tapi dala
m masing2 kebuntuan, hubungan mereka diteruskan seperti biasa dan semakin hari mereka menjadi sangat rapat.. sehingga dapat dihidu oleh rakan2 mereka tentang keakraban si hero dan heroin ini...

Tiada titik noktah disitu.. tiada jawapan.. si hero dan heroin itu juga tak tau apa erti hubungan mereka.. tetapi mereka membiarkan persoalan it
u.. mereka meneruskan hubungan tanpa ada apa2 kesangsian dalam perhubungan tersebut. Apa yang mereka tahu, mereka saling memerlukan, menyayangi dan sentiasa mengambil berat tentang diri masing2.. (sampai berat si heroin ni pun da naik berkilo2..haha.. iklan jap..tuuutt~)

Setahun berlalu..
(nak abeskan cite cepat..hehe)


Setelah bersama mengharungi pahit getir mencari
ilmu, November 2008 si hero terpaksa meninggalkan si heroin kerana si hero telah menamatkan pembelajarannya terlebih dahulu.. uh, cedeyh2.. cian heroin ni.. kene tinggal ngan hero dia.. isk isk isk..~ Si hero pulang kepangkuan keluarganya jauh di utara dan tinggallah si heroin tadi di selatan.. Sayu melihat pemergian hero.. heroin menangis sepuas2nya.. memikirkan apakah kesudahan hubungan mereka.. bolehkah mereka pertahankan hubungan yang telah terjalin sekian lama walaupun telah berjauhan..??~(setahun kire lama la tu kan..hehe..) Mampukah mereka?~

11 April 2009..

Selama 5 bulan si hero menyimpan wang, akhirnya si hero datang berjumpa dengan kekasih hatinya iaitu si heroin..
(yeke simpan? ke pakai wit gaji bulan tu? ehehe..) Alangkah gumbiranya hati heroin menerima khabar berita itu.. melompat2 keriangan si heroin chumel itu..hahaha.. yeyeyeyeye!!!

Tapi..hanya 2 hari saje yang mampu si hero luangkan bersama si heroin..mereka terpaksa berpisah semulaa kerana si hero mempunyai tanggungjawab yang lain..ye la, cuti da abes, kene keje... :) dalam hujan
(mmg ujan tau tyme tu..xtipu), si heroin menghantar si hero menunggu ketibaan bas yang akan membawa si hero pergi jauh darinya sekali lagi.. huhuhu.. sedih..

sangat sedih..

Suasana menjadi suram..hanya tangisan si heroin memecah kesunyian di malam itu..~
(bunyi ujan pun ada skali)

Masa berlalu lagi..lagi..lagiii...

1 bulan...
2 bulan...
3 bulan...
4 bulan...

7 Ogos 2009...

Si hero sekali lagi menyampaikan khabar berita bahawa dia akan datang sekali lagi berjumpa dengan si heroin.. tetapi kali ini bukan hanya itu tujuannya.. si hero juga akan dianugerahkan sijil ijazah yang selama ini ditunggu2.. si hero dan si heroin ini sangat gumbira..~

Alangkah bahagianya mereka. Walaupun selama ini berjauhan, hati dan perasaan mereka tetap tidak berubah. Malah semakin kuat.. Segala dugaan dan cabaran yang mereka hadapi, sedikit pun tidak melemahkan hubungan mereka.

10 Ogos 2009..

Hari terakhir mereka berjumpa.. si heroi
n melepaskan si hero sekali lagi..

"Pergilah hero..sekiranya pemergianmu itu memberi seribu makna dalam kehidupanmu"..

Si heroin merelakan... Di sebalik perpisahan, mer
eka menyimpan satu impian yang sama.. dan mereka akan cuba kecapi impian tersebut satu hari nanti.. InsyaAllah..


12 September 2009..


Usia perkenalan mereka sudah dua tahun lebih lamanya.. di saat ini ternyata bahawa si hero dan heroin ini saling menyayangi antara satu sama lain..

dan...


hari ini, Sabtu.. 12 September 2009 genaplah

23 tahun
usia si hero..

MuHaMMAd mUSLiH THaNi


sELaMAt
hARi LaHiR


Ku doakan semoga kamu

dipanjangkan usia..

dimurahkan rezeki..

dirahmati dan disayangi..

serta

segala cita2 dan impian kamu tercapai..

INSYAALLAH.. Amiinn..





Friday, September 11, 2009

.:: Nantikan Ku Dibatas Waktu ::.


gEmbiRa


tErhaRu

bAHagiA

saYAng


segalanya menjadi satu..

TERIMA KASIH MUSLIH..


...NANTIKAN KU DIBATAS WAKTU...





Di Kedalaman Hatiku
Tersembunyi Harapan Yang Suci
Tak Perlu Engkau Menyangsikan

Lewat Kesalihanku
Yang Terukir Menghiasi Dirimu
Tak Perlu Dengan Kata-kata

Sungguh Walau ku Kelu
Tuk Mengungkapkan Perasaanku
Namun Penantianmu Pada Diriku
Jangan Salahkan

Kalau Memang Kau Pilihkan Aku
Tunggu Sampai aku Datang
Nanti Kubawa Kau Pergi
Ke Surga AbaDi

Kini Belumlah Saatnya
aku Membalas Cintamu
Nantikanku Di Batas Waktu



lagu ini dinyanyikan semula oleh Muslih.. penyanyi asal adalah EdCoustic
..

muslih wat video ni tuk aku secara senyap2.. tau2 je dia kate ade surprise.. dia soh aku bkak facebook n check video yang dia upload tuk aku.. hak~kelu lidah.. mengalir laju air mata.. aish.. malulah..~ terima kasih muslih.. kan ku tunggu sampai kau datang, bawaku pergi..~
^_^




Friday, September 4, 2009

.:: Muhasabah Cinta ::.


wah..~ dah lame aku x mengupdate blog neyh..~ virus kemalasan dah menular dalam badan ku ini.. hahahah..
tp ada sumting yang membuat aku tergerak hati utk mengepos entry baru... hurm.. actually aku nak berkongsi 1 lagu nasyid indonesia yang aku dgr dari facebook (x update blog sbb gile ngn facebook je..hehe).. tu pun seorang sahabat aku ni (boyplen tu boleh dikire sahabat la kan..lalalaa) link kan lagu tu.. tajuknye


"MUHASABAH CINTA"



sangat suka dengan liriknyaa.. aku tinggalkan korang dengan lagu ni n lirik dia skali..supaya korang leh feel lagu nih.. hehe.. harap segala dugaan dan cabaran yg kite terima di atas muka bumi ini tidak mematahkan semangat utk terus berdiri.. ingatlah Allah dalam apa jua keadaan.. baik diwaktu senang atau susah.. (peringatan utk diri sendiri jugak nih..)


k..selamat beramal..dan renung-renungkan...






Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-MU

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu