Thursday, March 26, 2009

.:: IQ Test..v2 ::.

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba , lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda......



Ready? GO!!! (lihat bawah)


Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?















Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


Soalan Kedua:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)


















Jawapan:
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?


Soalan Ketiga:

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah....


Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..


















Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan
sebanar adalah 4100.


Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba


Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

















Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.

Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:

S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?


















Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.

Sunday, March 22, 2009

.:: AF Lagi ::.


aduh...mmg best la si HAFIZ nih.. punye lame aku tggu turn dia nyanyi konsert smlm.. smpi mmbe aku pun bengang sbb da lame gile dok kat kedai makan tuu.. hoho~ padahal nak tggu dia je.. heee~

best..best..~



Wednesday, March 18, 2009

.:: AF?? Best kee?? ::.



aku tatau pun af7 da start.. aku baru tau af7 da start time aku nak bli makanan tok baby tucin yg secara tidak langsung dibela itu.. hoho~


kedai runcit yg aku masuk tu bkak konsert pertama ulangan..time tu aishah tgh nyanyi..salah seorg peserta af.. erm..hebat gak.. lagu dia bawak tu wat aku cam tertarik nak tgk dia nyanyi..


pehtu aku balik umah..aku search kt youtube.. tgk2 kalo ade video2 af .. nak gak tgk semua peserta.. hebat sgt ke dorang nih..ehehe..


bile aku da tgk sume..(actually xde la sume sgt..), aku jadi minat kat 2 peserta nih.. laki n pmpn..


yang pmpn namanya siti aishah..n yg kedua hafiz.. best2..sgt best mereka ini.. tp tu pendapat aku laa.. terpulang pada pendapat korang plak..


so, kat sini aku sertakan skali video mereka berdua ini.. tgk la..n komenlah as a listener.. hehehe..~









Tuesday, March 17, 2009

.:: Berapa ramai lelaki boleh jadi imam ::.

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Monday, March 16, 2009

.:: Alkisah Anak Kucin ::.



Aku baru je balik dari kampus induk sbb ade kuliah tadi.. mase aku smpi umah tu ade la sekor baby tucin (anak kucing) kat depan umah kitorg.. jinak btul baby tucin tuu..hehe..


kitorg main2 ngn dia skejap sementara nak tunggu membe aku bukak pintu.. pehtu baby tucin tu ikut masuk sekali..kitorg biarkan je dia masuk.. pehtu aku ckp ngn dia..


"ko ni klu msuk umah ni, aku mandikan.."


pastu trus mmbe aku ckp..mandikan je la.. nak tgk.. hoho..~


bermula la keje gile kitorg.. aku bawak dia masuk bilik air..memula tu dia lari2.. aku kejar dia..aku siram2 dia.. wahaha..


pastu bile badan dia sume da basah..aku sabunkan dia dengan syampu pantene.. haha.. syampu tucin xde, so aku gnela mane yg ade..hahaa..~


last2 dia jadi cani.. hoho~



huhu...pandai dia cari port panas..huhu~



cian baby tucin ni..hikhikhik.. tapi dia da wangi daa..~ bau pantene..hahaha!

Saturday, March 14, 2009

.:: ... ::.



LOST...


LONELY...


SAD...






.:: Kembar ke?? ::.



sekian lama aku x dengar soalan ni...


"awak berdua ni kembar ke??"

dolu2 mase blaja kat utm, slalu org ckp muka aku n mmbe aku ni sama.. tp bile da sambung kat uthm nih, da susah nak dengar pertanyaan sebegitu.. huhuhu~

sehinggalah ke hari ini.. aku n member aku bersama seorang lagi membe aku dinner kat popcook..

time nak bayar makan tu ade pakcik tu tnye
aku n member aku nih seperti dialog di atas.. hehehe..

aku rse cam xpercaya.. dah lame x dengar..wahaha~

klu dolu2 slalu la org cakap kitorg ni muka cam n
ak sama..sampai abg aku sendiri pun xknal adik dia..penah skali tu abg aku ingtkan aku, rupe2nye tu mmbe aku..slamat dia xsekeh kepala kawan aku tu.. sbb aku ni mmg mangsa buli abg aku..huhu~ tp aku tgk xde la sama pun kitorg ni...erm.. tatau la..

korang tgk la sendiri ek..cam adek beradek ke kitorg nih..?? menimbulkan persoalan dihati nih..hihi~



GAMBAR 1 - masa ni kat klcc..umo baru je 19thn..hihi..



GAMBAR 2 - masa ni kat kfc carrefour wangsa maju..umo baru 20thn je..



GAMBAR 3- ni plak kat utm skudai..time konvo.. umo da 21thn da..huhu~



GAMBAR 4 - yang ni plak gambar kat UTHM.. umo?? erm..22thn da..~



korang tgk gmbr2 ni, kitorg nampak cam adik beradik kew?? hurm.. ade ke? lalalala~






Friday, March 13, 2009

.:: Payung ::.


utk ateen n pejalan kaki yg lain..

ateen..aku da jumpe payung yang lg bgus tuk ko.. hehe.. pasni xde la ko merungut lagi pakai payung pun kene ujan n panas.. hehe..





nanti kite pi cari payung ni sama2 k..? hehehehehe..~



Thursday, March 12, 2009

.:: IQ Test ::.

Here is a puzzle for you

Imagine you are in Africa. You have been tied hanging on a tree with
a rope anchored on the ground, a candle is slowly burning the rope,
and the lion is waiting for you to drop and be his lunch.



Your survival hinges on the rope staying intact, there is no one
around to help you.
What to do now ..........

write your answer before your scroll down....


Scroll down for ans
wer...

































Sing a Happy Birthday song!!


hehehe... sape yg dapat jawab dengan btul tu sila tinggalkan komen anda.. haha..

yang xdapat jawab pun boleh tinggaikan komen anda..kuikuikui~

Wednesday, March 11, 2009

.:: Praktikal ::.

yey!! happy! happy!

da 6 company aku apply, akhirnya..dapat jugak tempat praktikal..~

lalala..~






tenkiu PPC kerana sudi menerima ku dikala ekonomi sedang goyah..

hehehe~



.:: UTHM ::.



Ramai yang tatau UTHM ni amende kan.. huhu~

slalu je ade dialog cmnih..


Saya: saya student dari UTHM..

E (bkn nama sebenar) : UTHM?... ???

Saya: KUITTHO..

E (bkn nama sebenar) : owh..student itto..


dalam hati berkate...~

tu zaman bilenye nama la.. nama itto tu da tuka..da jadi uthm..huhu~

meh sini aku nak btau kat sape2 yang x tau lg yang kuitto da tuka nama..


" Dulu KUITTHO, lambang kegigihan...
Kini UTHM lambang kecemerlangan!"



~Lalala~


*Sowy..gmbr x cantek..sbb sy bkn orang yg professional...hp pun xcanggih..huhu~

.:: PSM..PSM ::.

huhu.. da pukul berapa da ni.. hari-hari tdo lewat nih.. cane nih..

sumenye sbb PSM.. huhu~

aku rase taip da banyak da tapi page tak banyak2 gak.. huhuhu~

tulun..tulun..~

psm kuu..~


Monday, March 9, 2009

.:: Tag..Tag...v.2 ::.

Suraya tag aku lagi...hehehe..baik2..


1.go to this site : http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

2.answer all of the questions

3.once you have the answers, copy and paste them to your blog.

4.tagging your other friends is optional.


Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education

Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:

You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.




.:: Busy.. ::.


wah..sudah lame x update blog ni.. bknnye da malas tapi sbb bz nye pasal..

start ari isnin aritu da tersangat la bz.. kuar umah pagi pastu balik nak senja... tp bkn gi jalan2 ek...kami gi collect maklumat utk projek development..


ISNIN...


pegi kelas.. lepas lunch gerak pi batu pahat menaiki causeway link..bas kuning tu.. org yg dok batu pahat tau la..hihi...pjalanan amek mase 45minit rasenye..

mulanya kitorg tatau nak pegi mane dulu.. last2 kitorg pk pegi JABATAN PERANCANGAN BANDAR dulu la.. jabatan ni tletak di menara mpbp kat tingkat 11.. sesampai je kat sane kitorg pun trus naik..

pastu jumpela ngn pegawai yg berkaitan.. pegawai tu tanye ape yang kitorg nak..? kitorg pandang sesama sendiri.. tgk muka masing2 blur.. haha.. bkn sbb x prepare.. tp sbb masing2 tgh dok mamai..baru bangun tido mase lam bas tadi..hahahah.. klakar btol..

patu da selesai..kitorg bgerak plak ke JPPH kat bangunan gunasama.. nek teksi.. huhu.. mahal da sekarang nih.. kitorg kne cas 10hengget.. bkn jauh mane pun.. xsempat enjin kete panas pun da sampai.. huhu..

da smpi kat sane jumpe la dengan pegawai NAPIC..encik Sah Hardi.. hehe.. dia la yg byk bantu ktorg..bg pendapat..bg maklumat n dapatkan site plan tuk kitorg.. lame gak la dia melayan kerenah kitorg nih.. ehehe... sempat lak sorang mmbe aku tnye dia pasal psm plak.. hahaha..amek kesempatan ye..~

pastu..rancangan kitorg ingt nak pegi pejabat tanah.. nak amek title.. tp sbb kitorg ni xde surat dari universiti, kitorg tpaksala membatalkan niat..klu x, kne byr tau nak dptkan title tuu... last2 kitorg pun balik je n trus wat surat kt fakulti. siap dalam mase 3 hari.. maknanya hari kames.. huh? lmbatnyee.. aku mintk fakulti ciap kan ari rabu.. hehe..~

sampai rumah dalam pukul 6 petang rasenye..


SELASA...


kelas penuh dari pagi smpi petang...xleh nak gi memana..huhu~


RABU plak...

pegi kelas seperti biasa... pastu tengahari gerak pegi PEJABAT TANAH..nak amek title utk tanah kosong kami.. alhamdulillah, kitorg mudah utk dapatkan title tu..

yang menyayat hatinye mase nak gerak tu.. kitorg nek bas causeway link.. kitorg rase bas ni je yg selesa sket berbanding bas2 lain.. 1 lagi bas ni je yg lalu kat teppi bangunan gunasama tu.. tapi sedih sangat... sepanjang perjalanan kitorg yang makan mase 45menet tu, kitorg tpaksa menahan kepanasan sbb aircond dia rosak... waaaaa~~~~~ cedeyh btol.. dah la tyme tu orang ramai gile.. maunye x berpeluh dalam tu.. huhuhu~ kitorg gune kipas tangan je... guna ketas..huhu~ tapi...slamat xde orang melepaskan angin dikala itu..haha..klu x mau pengsan aku kat situ jugak..hihihi~

sambung balik cite tadi..

da settle kat pejabat tanah, kitorg gerak pegi JABATAN PERTANIAN plak.. yelah.. kitorg kan kne develop tanah pertanian.. kot2 la jabatan ptanian bleh membantu...

tapi yg menyayat hatinye lagi.. kitorg tpaksa berjalan kaki dalam kepanasan yang amat sgt utk ke sane.. huhu.. payung pun xmembantu sangat sbb angin kuat dok tolak2 payung kitorg..huhu.. dah la jauh... cian kt kitorg..huhu~

dah sampai je kat jabatan ptanian tu..dia kate, "kenapa x pegi je jabatan pertanian parit raja? kan tanah kamu kat area sane.."

"hah..ade ke? kat mane?"

rupe2nye jabatan ptanian tu sebelah kampus induk uthm je.. alahai..tatau pun ade jabatan ptanian plak kat citu..hehe.. pastu kitorg pun berangkat pulang..

jalan kaki sampai jalan utama batu pahat-kluang.. tu satu hal lagi.. jauh gile.. nak pengsan ngn menanges rasenye mase tu..bas pun satu hal, x lalu kat kawasan tu.. hadoih.. nak nek teksi, mahal plak.. huhu~

akhirnye kitorg selamat la nek bas..kne tggu lame sket je..tp bus stop tu byk nyamuk..huhu~ bas kali ni xpakai aircond tapi pakai tingkap.. pun rase bahang jugak..kitorg men tuka2 tempat je lam bas tu..hehe..~

destinasi seterusnye.. JABATAN PERTANIAN PARIT RAJA... sesampai je kat sane, kitorg trus masuk.. pastu ade pegawai a.k.a makcik bantu kitorg.. kitorg pun citela hajat datang ke sane.. bile dia da paham, dia kate kitorg kne jumpe bos dia la.. bos dia lagi arif bab pertanian nih... tapi hari tu bos dia xde.. dia soh wat appointment dlu.. pastu kitorg kate ok lah..

lepas da berterima kasih kat pegawai tu, kitorg pun berangkat pulang..hihihi...

da pukul 5 petang da mase tu..kitorg berjalan ke bus stop kt depan kampus induk tu nak tggu bas.. then balik...smpi je terlepek je sume.. hahaha..~


ni la pengalaman aku n kawan2 yg lain..aku harap projek saimen tu nanti dapat disiapkan dengan sebaik mungkin... amin..~






Monday, March 2, 2009

.:: Tanda-tanda Anda Menghadapi Masalah Mental ::.


PERTAMA

Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur...



KEDUA

Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala...



KETIGA

Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik...



KEEMPAT

Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan...



KELIMA

Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walaupun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat...



KEENAM

Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat...



KETUJUH

Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit...



KELAPAN

Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan...



KESEMBILAN

Boss sentiasa marah dengan anda...



KESEPULUH

Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung...



KESEBELAS

Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat...



KEDUABELAS

Anda sentiasa merasa diri tersepit



KETIGABELAS

Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing...



KEEMPATBELAS

Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas...



KELIMABELAS

Anda sentiasa merasa.....keseorangan....dan... merasa amat takut..... seperti ada seseorang.... berada di dalam rumah andaaa.... heeee..heeee..heheeee..~